Tuesday, February 5, 2013

Rupa tile kosong yang telah dibuka

Perhatikan gambar tile yang telah dibuka. Inilah hasil mutu kerja OD Construction yang sebenar. Kepada para pembeli, sila pastikan anda menguji kesemua tile yang telah dipasang di rumah anda.


Gambar tile kosong di bilik air bawah yang telah ditandakan dengan permanent marker

Gambar tile kosong di bilik air bawah yang telah ditandakan dengan permanent marker (X). Boleh dikatakan hampir kesemua tile ini perlu diganti!


Kaedah ujian tile kosong

KAEDAH UJIAN
Ketuk setiap tile tersebut dengan menggunakan besi. Kadar ketukan adalah perlahan/sederhana supaya tile tersebut tidak rosak.

HASIL UJIAN
1. Sekiranya simen tile kosong, ia akan berbunyi dengan kuat. Sama seperti anda ketuk apa-apa benda yang kosong di dalamnya.

2. Sekiranya simen tile penuh, ia kurang berbunyi.

TINDAKAN SAYA
Minggu terakhir Januari 2013
1. Kesemua tile kosong tersebut telah ditandakan dengan permanent marker. Ini untuk mengelakkan pihak OD Construction menggunakan kembalik tile tersebut.

2. Aduan telah dibuat secara lisan kepada Mat, pekerja yang bertanggung jawab membetulkan kesemua tile yang rosak di kawasan perumahan kami.

3. Aduan telah dibuat secara lisan kepada Goh, supervisor di perumahan baru kami.

TINDAKAN OD CONSTRUCTION
Hanya sedikit kerja dilakukan di bilik air atas (A & B).

LANGSUNG TIADA KERJA PEMBAIKAN dilakukan pada
1. Bilik air utama
2. Bilik air bawah
Berikut ialah diantara kecacatan mutu kerja OD Construction